Wednesday, October 1, 2014

2.2.5 PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA


Proses pembentukan Malaysia mengambil masa yang lama dan panjang atas sebab perbincangan dan perundingan yang berpanjangan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Tindakan juga harus diambil bagi memasitikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Oleh itu, beberapa langkah seperti penubuhan jawatankuasa telah dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat ini.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan melalui satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PPK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo yang diadakan di Singapura. Mesyuarat yang diadakan pada bulan Julai 1961 ini melibatkan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura serta perwakilan dari Sabah, Sarawak dan Brunei. Melalui mesyuarat ini, para pemimpin tersebut telah mengambil kesempatan untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan tersebut. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari wilayah yang terlibat dalam pembentukan. Pengerusi bagi JPPM ialah Donald Stephens.



Donald Stephens 

Jawatankuasa ini berfungsi menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya kepada penduduk wilayah terlibat. JPPM bertanggungjawab mengumpul dan memembandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Jawatankuasa ini juga berusaha mendapatkan kata-kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik daripada semua wilayah terbabit.

Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold adalah suruhanjaya yang dibentuk bersama oleh kerajaan British dan Malaya pada tahun 1962 untuk memungut dan menentukan pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk atau membuat Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, dan Sarawak. Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab diatas penyusunan semula perlembagaan berikutnya untuk dijadikan Perlembagaan Malaysia sebelum pembentukan Malaysia pada tarikh 16 September 1963. Suruhanjaya ini diketuai oleh bekas gabenor Bank England, Lord Cobbold.
Suruhanjaya ini menyiasat buah fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal pembentukan Malaysia dan membuat syor-syor setelah  menimbangkan fikiran itu. Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugas selama 2 bulan bemula daripada 19 Februari 1962 sehinggalah pada bulan April 1962. Suruhanjaya ini mempelawa atau menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap pembentukan Malaysia.
Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar dari mereka adalah penduduk bumiputera. Bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu;
1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.
1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat dan jaminan tertentu
1/3 sebahagiannya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung, manakala sebahagian lagi menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menenang dicatakan hanya lebih kurang 20% sahaja.
Dengan itu, suruhanjaya ini menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor – syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

  •          Nama persekutuan baru – Malaysia
  •          Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia
  •          Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin
  •          Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri
  •          Penduduk peribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin
  •          Dasar pendidikan, agama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing – masing
  •          Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan sementara Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris.



muka hadapan Laporan Suruhanjaya Siasatan Cobbold, Borneo Utara dan Sarawak, 1962 


Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (JAK)
Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (JAK) secara amnya bertugas merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci. Setelah persetujuan telah dicapai di kalangan pemimpin dan  penduduk, satu usaha telah dijalankan bagi merangka serta membentuk syarat pembentukan kerajaan Persekutuan yang terperinci. Sehubungan itu, pada Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk. Ia telah dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, dan seorang wakil dari Britain, serta seorang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu. Dalam jawatankuasa ini, pemimpin-pemimpin Parti Perikatan Sabah mahukan kepentingan dan masalah rakyat Sabah yang dikemukakan dan Tuntutan 20 dipertimbangkan. Tuntutan tersebut antara lain mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, pendidikan, imigresen, bahasa, dan perwakilan ke Parlimen.
JAK telah menubuhkan lima jawankuasa kecil bagi mengkaji dan meneliti aspek-aspek perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman, dan organisasi jabatan. Setelah bersidang beberapa kali dan  mengambil kira semua perkara yang berkait dengan tuntutan rakyat dari negeri yang akan bergabung dengan Tanah Melayu, maka satu laporan telah dikeluarkan dan menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan Persekutuan Malaysia kemudiannya diisytiharkan di Stadium Negara pada 16 September 1963.


  •          Agama Islam diterima sebagai agama rasmi kecuali di Sabah dan Sarawak. 
  •          Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak selama 10 tahun kemasukkan ke dalam persekutuan. 
  •          Kuasa kawalan imigresen adalah di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut dibawah kerajaan pusat. 
  •          Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan. 
  •          Sabah diberikan 24 perwakilan dalam Parlimen manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi. 


Referendum Singapura


keratan akhbar persetujuan penggabungan Malaysia-Singapura


Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, walau bagaimanapun, pandagan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. Dalam pungutan suara ini rakyat Singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :


  •          Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi ).
  •          Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu  lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ).
  •          Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).


Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.


kertas undi pengutan suara bagi penggabungan 



No comments:

Post a Comment