Wednesday, October 1, 2014

2.2.6 Isu Brunei dan Singapura





Peta Brunei


Brunei

Pada peringkat awal, Sultan Brunei iaitu Sultan Ali Saifuddin bersetuju dengan kemasukan Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia. Namun, baginda membatalkan rancangan tersebut. Hal ini disebabkan beberapa permintaan mereka yang tidak dipersetujui oleh pemerintah Tanah Melayu.
8 perkara yang dituntut Brunei ialah,

  • Menuntut 10 buah kerusi parlimen.
  • Menguasai semua hasil minyak.
  • Memegang autonomi hal kewangan pada peringkat awal.
  • Mengekalkan semua kadar pelaburannya.
  • Mengekalkan kadar percukaianyang rendah.
  • Meneruskan program pendidikan dan kebajikan
  • Menuntut keselamatan Brunei terjamin.
  • Kuasa baginda dalam majlis raja-raja dikira dari tarikh baginda menjadi sultan dan bukannya tarikh kemasukan Brunei ke Malaysia.

Tuntutan yang paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke atas minyak negerinya. A.M Azahari( pemimpin Parti Rakyat Brunei )  telah menghantar memorandum bantahan kepada  Majlis Mesyuarat Undang-Undang Negeri Brunei. Berlaku pemberontakan bersenjata pada 18 Disember 1962. Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Penyertaan Brunei ke dalam  Malaysia dibatalkan.


Sultan Ali Saifuddin


Singapura

Lee Kuan Yew menegaskan bahawa hal-hal yang terkandung di dalam percantuman perlulah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura bagi memastikan keselesaan selepas penggabungan. Pada 23 Ogos 1961, mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu dan mereka mencapai persetujuan atas beberapa perkara.
Kertas Putih persetujuan dalam Kertas Putih menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan.
Kertas Putih diisytihar secara rasmi pada November 1961:

  • aspek pertahanan, perhubungan luar dan keselamatan menjadi tanggungjawab persekutuan.
  • pendidikan dan tenaga buruh menjadi tanggungjawab Singapura.
  • ekonomi, perindustrian dan perkilangan menjadi tanggunjawab bersama.


Setelah dua tahun berada di dalam Malaysia, hubungan mula menjadi tegang kerana banyak perselisihan faham telah timbul. Isu yang menjadi perbahasan ialah soal ekonomi, parti dan perkauman.

Ekonomi

  • Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah sepakat untuk memajukan perindustrian dan perkilangan bersama-sama.
  • Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan di dalam negeri, bukan untuk dieksport ke luar negara.
  • Keuntungan akan dikongsi bersama, namun apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Hal ini mengecewakan Singapura.



Perkauman

  • Parti Tindakan Rakyat (pimpinan Lee Kuan Yew) cuba hendak bertanding dengan Parti Perikatan (pimpinan Tunku Abdul Rahman).
  • PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu membangun dan memajukan orang Cina. 
  • Kempen telah dijalankan oleh PAP sehingga pergerakannya dianggap satu pencerobohan buat orang Melayu.


Rusuhan tercetus pada 21 Julai 1964. keadaan bertambah buruk apabila Singapura memperjuangkan hak dan kempen ‘Malaysia untuk Malaysia’ yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Untuk mencapai cita-cita ini,Singapura membentuk ‘United Opposition Front’ yang kuat memperjuangkan ‘Malaysia untuk orang Malaysia’. Pelbagai usaha telah diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan tetapi tidak berjaya. Akhirnya, pada bulan Ogos1965,Singapura mengambil keputusan keluar daripada Malaysia


Peta Singapura






No comments:

Post a Comment