2.2.2 FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA
Tunku Abdul Rahman mengambil kira pelbagai faktor dalam pemilihan wilayah-wilayah terbabit termasuklah mempertimbangkan isu-isu semasa mahupun jangka panjang yang boleh memberi kesan dalam pembentukan Malaysia.
1) Mengelak ancaman dan pengaruh komunis
Banyak pihak yang tertarik dengan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. Gabungan antara PTM dan Singapura disokong oleh pelbagai pihak kerana persamaan dari segi sejarah,undang-undang,ekonomi dan kewangan. Gabungan dengan Singapura sebenarnya penting atas situasi politik dan keamanan. Dikhuatiri kerajaan PAP diambil alih barisan sosialis. Situasi ini mebimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana hubungan baik dengan Singapura yang meliputi aspek politik dan ekonomi akan terjejas.
People's Action Party (PAP) atau Petir (Parti Tindakan Rakyat)
ditubuhkan pada tahun 1954 di Victoria Hall, Singapura.
Kebimbangan juga semakin besar sebenarnya melibatkan dengan pengaruh komunis yang semakin menyusup ke dalam kelompok berhaluan kiri. Ekoran perkembangan fahaman komunisme, Persekutuan Tanah Melayu memkirkan satu cara untuk membendung perkembangn politik yang tidak sihat di Singapura iaitu melalui penggabungan, bukan sahaja antara tanah melayu dengan Singapura malahan melibatkan Sabah, Sarawak dan Brunei.
2) Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak dan Brunei.
Penubuhan Persekutun Malaysia akan menyebabkan wilayah-wilayah tersebut akan mendapat kemerdekaan lebih awal. Sabah dan Sarawak merupakan negeri jajahan British manakala Singapura dan Brunei pula adalah negeri naungan British. Dipercayai bahawa pemberian kemerdekaan lebih awal kepada wilayah-wilayah tersebut dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya. Di samping itu juga, penggabungan bersama wilayah-wilayah ini dapat membendung pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat kepada Sabah, Sarawak dan Brunei.
3) Perkongsian faedah maklumat
melalui penggabuungan ini, wilayah-wilayah anggota dpt mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.
4) Membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Sejarah Sabah dan Sarawak sama dengan Tanah Melayu kerana pernah diduduki dan dikuasai oleh kuasa-kuasa barat namun nasib penduduk bumiputera di wilayah ini tidak sama dengan Tanah Melayu. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi dimonopoli oleh bangsa asing. Oleh itu, jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan dengan Tanah Melayu, layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak.
5) Menjaga kepentingan Hak Kaum dan Bumiputera di Semua Wilayah Terbabit.
Menjamin kedudukan orang Melayu ddan bumiputera agar tidak terancam. Kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
Pengasas SUPP
No comments:
Post a Comment