2.2.1 LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MALAYSIA
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara.
Cetusan idea Tunku Abdul Rahman adalah untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Idea ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut dan kemudiannya menimbulkan pelbagai pelbagai reaksi positif dan negatif di Asia Tenggara. Akhbar-akhbar dari wilayah-wilayah terbabit pula tidak berhenti membahaskan isu tersebut.
Banyak pihak yang mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia ini adalah secara tergesa-gesa dan mengejut kerana mereka menganggap bahawa tiada persediaan awal dilakukan.
Walau bagaimanapun, pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan tokoh-tokoh dari wilayah yang terlibat sebelum pengumuman dibuat nyata menyangkal dakwaan pihak-pihak itu. Pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew di Singapura pada bulan Januari 1961 merupakan salah satu bukti bahawa idea pembentukan malaysia pernah diuarkan oleh beliau. Tidak dilupakan juga pertemuan beliau dengan senu abdul rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1960. Pertemuan dengan Harold MacMillan pada tahun 1961 juga menjadi bukti bahawa gagasan ini sudah pernah dikemukan lebih awal lagi daripada pengumuman tersebut diadakan.
British pernah mengemukakan idea penggabungan wilayah ini beberapa kali sebelum Tanah Melayu merdeka. Misalnya Lord Brassey, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pernah mencadangkan kepada British untuk menggabungkan wilayah mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat namun ditolak dek pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan. Idea penggabungan semua wilayah jajahan British pernah oleh pesuruhjaya besar british, Sir Malcom Mac Donalds, namun ditolak sekali lagi. Mohd Ghazali Shafie juga pernah mengeluarkan idea untuk penggabungan komanwel Asia Tenggara.
Idea penggabungan lebih kecil yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah dikemukakan beberapa kali terutamanya oleh ketua menteri Singapura.
No comments:
Post a Comment