Monday, September 29, 2014

2.2.3 REAKSI SARAWAK, SABAH, BRUNEI DAN SINGAPURA


Sarawak

Pada peringkat awal ramai yang menentang kerana mereka lihat tiada faedah ekonomi serta merta yang dapat diperoleh. Parti Negara Sarawak (PANAS) yang diketuai oleh Temenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak/Sarawak United People's Party (SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party (SNAP) menentang cadangan penggabungan ini. Parti yang menyokong cadangan ini ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA).

Sabah 

Wujud penentangan pada peringkat awal sehingga lahir beberapa buah parti politik yang melaungkan pendapat atas sentimen anti-Malaysia namun pada masa yang sama lahir juga sentimen pro-Malaysia. Antara parti yang menentang penubuhan Malaysia ialah Persatuan Kebangsaan Sabah Bersatu/United National Kadazan Organization (UNKO), Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara. Walau bagaimanapun terdapat satu parti politik yang menyokong rancangan Tunku Abdul Rahman, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization- USNO). USNO ditubuhkan di bawah pimpinan Datu Mustapha Datu Harun.



Tun Datu Mustapha bin Datu Harun


Brunei

Sultan Brunei,Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia. Rakyat Brunei pada mulanya berminat dengan gabungan cuma mereka inginkan kemerdekaan sendiri dahulu sebelum digabungkan. Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang kerana lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara iaitu Brunei,Sabah,Sarawak dan Kalimantan Utara.





A.M. Azahari berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di wilayah-wilayah supaya pengaruhnya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka.

Singapura

Semua pihak bersetuju dengan konsep Malaysia & pembentukan sebuah negara & kerajaan baru-Lee Kuan Yew paling berminat. Sebelum berlaku perubahan politik pada tahun 1961, rakyatnya menyokong penuh pembentukkan Malaysia.  Parti Tindakan Rakyat PAP (PETIR) dibawah pimpinan Lee Kuan Yew menerima tentangan dari serpihan PAP iaitu sebuah parti sosialis - Parti Rakyat Singapura  (United People’s Party).
UPP mempunyai ideologi lain untuk memerdekakan Singapura. Penentangan mencapai kemuncak semasa pilihan raya kecil Hong Lim (April 1961) dan Anson (Julai 1961). Kekalahan PAP telah dijadikan pengajaran oleh Lee Kuan Yew dan memahami tentang sikap sesetengah rakyatnya. Lee Kuan Yew bersetuju memasuki Persekutuan Tanah Melayu walaupun tidak dipersetujui oleh sesetengah papri berhaluan kiri yang tetap dengan pendirian mereka menentang gagasan Malaysia.




Lee Kuan Yew




No comments:

Post a Comment