Monday, September 29, 2014

2.2.4 REAKSI NEGARA-NEGARA ASEAN 


Selain cabaran yang datang dari negara-negara yang terlibat dengan gagasan Malaysia, idea Tunku Abdul Rahman juga telah menarik pelbagai reaksi daripada negara-negara ASEAN khususnya Filipina dan Indonesia.

Indonesia

Pada peringkat awalnya menyetujui gabungan wilayah ini. Pengumuman secara terang-terangan dan terbuka juga telah diadakan tetapi selepas beberapa bulan didapati Indonesia berpaling tadah. menyokong tindakan Parti Rakyat Brunei yang menentang penubuhan ini pada 8 Disember 1962. Indonesia secara lantang menyuarakan tentangan mereka pada 20 Januari 1963 dan mengumumkan dasar konfrontasi dengan slogan “Ganyang Malaysia”. Dr. Subandrio mengisytiharkan secara rasmi melalui sidang akhbar tentang penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia.



Dr. Subandrio


Presiden Soekarano mendakwa tujuan penubuhan Malaysia adalah untuk memastikan pengekalan penguasaan penjajah British terhadap wilayah-wilayah yang terlibat dengan penubuhan ini dalam aspek  getah, minyak dan bijih timah.
Antara faktor yang dipercayai menjadi penyebab tercetusnya penentangan ini ialah, Presiden Soekarno merasa Tunku Abdul Rahman telah membelakangkan negara jirannya yang terbesar iaitu Indonesia apabila belau membuat rundingan tanpa berunding dengannya terlebih dahulu. Selain itu, ia dipercayai bahawa penuhuban Malaysia telah menghalang rancangan Sukarno unutk menubuhkan empayar Indonesia Raya Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan oleh Jeneral Suharto.
Antara cara untuk menyelesaikan masalah antara Indonesia, Filipina dan Malaysia ialah penubuhan MAPHILINDO.




Presiden Suharto





Presiden Sukarno

Filipina 
Presiden Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah dan juga pernah menuntut British supaya Sabah dikembalikan kepada mereka British tidak melayan tuntutan tersebut dan mengingatkan Filipina tentang memorandum bahawa tuntutan mereka akan ditentang oleh British Walaupun tuntutan diteruskan selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal kerana Sabah sendiri rela hati menyertai penubuhan Malaysia. 



Antara wilayah yang pernah terlibat dengan 
isu besar yang membawa kepada konfrontasi





2.2.3 REAKSI SARAWAK, SABAH, BRUNEI DAN SINGAPURA


Sarawak

Pada peringkat awal ramai yang menentang kerana mereka lihat tiada faedah ekonomi serta merta yang dapat diperoleh. Parti Negara Sarawak (PANAS) yang diketuai oleh Temenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak/Sarawak United People's Party (SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party (SNAP) menentang cadangan penggabungan ini. Parti yang menyokong cadangan ini ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA).

Sabah 

Wujud penentangan pada peringkat awal sehingga lahir beberapa buah parti politik yang melaungkan pendapat atas sentimen anti-Malaysia namun pada masa yang sama lahir juga sentimen pro-Malaysia. Antara parti yang menentang penubuhan Malaysia ialah Persatuan Kebangsaan Sabah Bersatu/United National Kadazan Organization (UNKO), Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara. Walau bagaimanapun terdapat satu parti politik yang menyokong rancangan Tunku Abdul Rahman, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization- USNO). USNO ditubuhkan di bawah pimpinan Datu Mustapha Datu Harun.



Tun Datu Mustapha bin Datu Harun


Brunei

Sultan Brunei,Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia. Rakyat Brunei pada mulanya berminat dengan gabungan cuma mereka inginkan kemerdekaan sendiri dahulu sebelum digabungkan. Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang kerana lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara iaitu Brunei,Sabah,Sarawak dan Kalimantan Utara.





A.M. Azahari berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di wilayah-wilayah supaya pengaruhnya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka.

Singapura

Semua pihak bersetuju dengan konsep Malaysia & pembentukan sebuah negara & kerajaan baru-Lee Kuan Yew paling berminat. Sebelum berlaku perubahan politik pada tahun 1961, rakyatnya menyokong penuh pembentukkan Malaysia.  Parti Tindakan Rakyat PAP (PETIR) dibawah pimpinan Lee Kuan Yew menerima tentangan dari serpihan PAP iaitu sebuah parti sosialis - Parti Rakyat Singapura  (United People’s Party).
UPP mempunyai ideologi lain untuk memerdekakan Singapura. Penentangan mencapai kemuncak semasa pilihan raya kecil Hong Lim (April 1961) dan Anson (Julai 1961). Kekalahan PAP telah dijadikan pengajaran oleh Lee Kuan Yew dan memahami tentang sikap sesetengah rakyatnya. Lee Kuan Yew bersetuju memasuki Persekutuan Tanah Melayu walaupun tidak dipersetujui oleh sesetengah papri berhaluan kiri yang tetap dengan pendirian mereka menentang gagasan Malaysia.




Lee Kuan Yew




Sunday, September 28, 2014

2.2.2 FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA 


Tunku Abdul Rahman mengambil kira pelbagai faktor dalam pemilihan wilayah-wilayah terbabit termasuklah mempertimbangkan isu-isu semasa mahupun jangka panjang yang boleh memberi kesan dalam pembentukan Malaysia.






1) Mengelak ancaman dan pengaruh komunis
Banyak pihak yang tertarik dengan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. Gabungan antara PTM dan Singapura disokong oleh pelbagai pihak kerana persamaan dari segi sejarah,undang-undang,ekonomi dan kewangan. Gabungan dengan Singapura sebenarnya penting atas situasi politik dan keamanan. Dikhuatiri kerajaan PAP diambil alih barisan sosialis. Situasi ini mebimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana hubungan baik dengan Singapura yang meliputi aspek politik dan ekonomi akan terjejas.



  People's Action Party (PAP) atau Petir  (Parti Tindakan Rakyat)
ditubuhkan pada tahun 1954 di Victoria Hall, Singapura.

Kebimbangan juga semakin besar sebenarnya melibatkan dengan pengaruh komunis yang semakin menyusup ke dalam kelompok berhaluan kiri. Ekoran perkembangan fahaman komunisme, Persekutuan Tanah Melayu memkirkan satu cara untuk membendung perkembangn politik yang tidak sihat di Singapura iaitu melalui penggabungan, bukan sahaja antara tanah melayu dengan Singapura malahan melibatkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

2) Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak dan Brunei.
Penubuhan Persekutun Malaysia akan menyebabkan wilayah-wilayah tersebut akan mendapat kemerdekaan lebih awal. Sabah dan Sarawak merupakan negeri jajahan British manakala Singapura dan Brunei pula adalah negeri naungan British. Dipercayai bahawa pemberian kemerdekaan lebih awal kepada wilayah-wilayah tersebut dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya. Di samping itu juga, penggabungan bersama wilayah-wilayah ini dapat membendung pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat kepada Sabah, Sarawak dan Brunei.

3) Perkongsian faedah maklumat
melalui penggabuungan ini, wilayah-wilayah anggota dpt mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.

4) Membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Sejarah Sabah dan Sarawak sama dengan Tanah Melayu kerana pernah diduduki dan dikuasai oleh kuasa-kuasa barat namun nasib penduduk bumiputera di wilayah ini tidak sama dengan Tanah Melayu. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi dimonopoli oleh bangsa asing. Oleh itu, jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan dengan Tanah Melayu, layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak. 

5) Menjaga kepentingan Hak Kaum dan Bumiputera di Semua Wilayah Terbabit. 
Menjamin kedudukan orang Melayu ddan bumiputera agar tidak terancam. Kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.




Pengasas SUPP

 

2.2.1   LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MALAYSIA


Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara.








Cetusan idea Tunku Abdul Rahman adalah untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Idea ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan yang hadir pada hari tersebut dan kemudiannya menimbulkan pelbagai pelbagai reaksi positif dan negatif di Asia Tenggara. Akhbar-akhbar dari wilayah-wilayah terbabit pula tidak berhenti membahaskan isu tersebut.












Banyak pihak yang mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia ini adalah secara tergesa-gesa dan mengejut kerana mereka menganggap bahawa tiada persediaan awal dilakukan.
Walau bagaimanapun, pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan tokoh-tokoh dari wilayah yang terlibat sebelum pengumuman dibuat nyata menyangkal dakwaan pihak-pihak itu. Pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew di Singapura pada bulan Januari 1961 merupakan salah satu bukti bahawa idea pembentukan malaysia pernah diuarkan oleh beliau. Tidak dilupakan juga pertemuan beliau dengan senu abdul rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1960. Pertemuan dengan Harold MacMillan pada tahun 1961 juga menjadi bukti bahawa gagasan ini sudah pernah dikemukan lebih awal lagi daripada pengumuman tersebut diadakan.
British pernah mengemukakan idea penggabungan wilayah ini beberapa kali sebelum Tanah Melayu merdeka. Misalnya Lord Brassey, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pernah mencadangkan kepada British untuk menggabungkan wilayah mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat namun ditolak dek pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan. Idea penggabungan semua wilayah jajahan British pernah oleh pesuruhjaya besar british, Sir Malcom Mac Donalds, namun ditolak sekali lagi. Mohd Ghazali Shafie juga pernah mengeluarkan idea untuk penggabungan komanwel Asia Tenggara.
Idea penggabungan lebih kecil  yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah dikemukakan beberapa kali terutamanya oleh ketua menteri Singapura.